Ahli Pas kecewa lantikan GLC ketepikan ahli yang layak

Ahli Pas kecewa lantikan GLC ketepikan ahli yang layak

Ahli PAS mula mempersoalkan pelantikan yang dibuat oleh menteri dari Pas yang dilihat cenderung melantik wakil dari Umno dan mengenepikan calon dari parti sendiri yang berkelayakan. Ada juga yang mula mempersoalkan pelantikan mereka yang sudah bergelar YB (Yang Berhormat) menerajui badan berkaitan GLC kerajaan.

 

Ahli PAS ini mencatatkan di postingya dalam loghat Kelantan “Ambo x pehe kenapa YB di lantik pengerusi GLC sepatutnya amilin yang x berjawatan berada di sana sbb YB dah ada elaun…kita kerah amilin tapi amilin x bergaji…. Apa pandangan anda?

Amilin yang dimaksudkan oleh pemilik akaun FB tersebut bermaksud petugas parti. Pemilik akaun tersebut turut mempertikaikan kenapa melantik mereka yang telah bergelar YB,mempunyai gaji dan elaun setiap bulan. Sepatutnya lantiklah amilin (pekerja) yang tidak berjawatan, tidak mempunyai gaji dan elaun tetap.

Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan selama ini kita kerah amilin (pekerja) tapi amilin (pekerja) tanpa gaji.

Terdahulu, kerajaan PN sedang rancak melantik mereka yang telah bergelar YB dan orang-orang berjawatan politik menerajui GLC. Ini juga merupakan kembalinya zaman kegelapan apabila orang politik mengisi GLC semula setelah amalan ini dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.