Ahli parlimen Umno tak setuju parlimen secara hibrid

Ahli parlimen Umno tak setuju parlimen secara hibrid

Ahli parlimen Umno tak setuju parlimen secara hibrid.  Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar tidak bersetuju sekiranya sidang Parlimen diadakan secara hibrid.

Beliau sebaliknya berkata, sidang Parlimen perlu dibuat secara bersemuka.

Menurutnya, sidang Parlimen perlu ada keberkesanan dan bukan seperti khutbah Jumaat yang sekadar mendengar hujahan tanpa celahan.

Katanya, konsep Parlimen hibrid akan menyukarkan ahli Parlimen mencelah ketika sesi perbahasan, bahkan beliau turut menyentuh status imuniti ketika berbahas di Dewan Rakyat.

“Sidang Parlimen adalah satu sesi perbahasan dalam sesuatu isu. Ada ketikanya ahli Parlimen boleh bangun dan meminta penjelasan atas apa yang dibahaskan oleh ahli Parlimen lain, atau semasa menteri sedang menjawab.

“Adakah bersidang secara hibrid ini membolehkan ahli Parlimen mencelah untuk mendapatkan penjelasan?

“Setiap ahli Parlimen mempunyai imuniti ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Bermaksud apa yang disebut ketika perbahasan tidak boleh didakwa di luar Parlimen.

Adakah imuniti ini akan terpakai kepada ahli Parlimen apabila mereka berbahas di luar Dewan Rakyat secara dalam talian?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Noh juga meminta kemudahan dan fasiliti di Parlimen digunakan sepenuhnya bagi membolehkan sidang Parlimen berjalan seperti biasa.

Jelas beliau, terdapat lima bangunan di dalam kawasan Parlimen yang boleh digunakan untuk menempatkan kakitangan atau pegawai bertugas bagi mengelakkan terlalu ramai masuk ke bangunan utama ketika Dewan bersidang.

“Hanya ahli Parlimen saja yang sepatutnya dibenarkan memasuki bangunan utama.

“Untuk mengelakkan terlalu ramai pemandu berada di kawasan Parlimen, kerajaan boleh membenarkan hanya konsep ‘drop off’ sahaja, tidak dibenarkan meletakkan kenderaan dalam kawasan Parlimen,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan Parlimen dapat berperanan sewajarnya meskipun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Brita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148063/BERITA/Nasional/Noh-tidak-setuju-sidang-Parlimen-hibrid

Jika Anda Terlepas: Vaksin buatan India didakwa berkesan 93.4 peratus