Ahli parlimen Pas dakwa gaji lantikan politik PN syubhah, menjurus haram

Ahli parlimen Pas dakwa gaji lantikan politik PN syubhah, menjurus haram

Seorang ahli parlimen Pas menganggap wang gaji hasil lantikan politik dalam kerajaan PN hari ini adalah syubhah (meragukan) dan cenderung kepada haram kerana ada unsur mengikat sokongan ahli parlimen kepada kerajaan yang mentadbir.

Beliau yang merupakan ahli parlimen dari Pantai Timur itu telah ditawarkan beberapa jawatan sebelum ini namun menolaknya kerana berasa tidak selesa dengan hasil pendapatan dari cara tersebut. Menurutnya gaji dan elaun yang diperoleh sebagai ahli parlimen sudah mencukupi dan sokongannya kepada kerajaan hari ini kerana Pas memilih untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, “Dapat jawatan GLC tu seronok dengan gaji puluhan ribu, tapi jiwa kecil ana (saya) masih terikat dengan ilmu Islam yang dipelajari semenjak kecil”. Ahli Parlimen Pas tersebut adalah anak kepada ulama pondok yang dikenali ramai.

“Macamana kita parti yang berlandaskan agama boleh berkompromi dengan menerima jawatan-jawtan ini? Ana (saya) ditawarkan beberapa jawatan tapi ana (saya) rasa keberatan untuk terima kerana bukan bidang ana tu.” tambahnya lagi.

“Benda bukan kemahiran kita, kita ambik jawatan tu dan PM beri jawatan tu kerana nak pertahan kuasa dia supaya kita tak lari, ana was-was dengan kaedah tu, bukan ajaran politik Islam tu”

Beliau bagaimanapun tiada masalah dengan pembentukan kerajaan baru kerana memberi kesetiaan kepada parti.

“Lagi satu yang ana (saya) terkilan betul, ada pimpinan kita sanggup ketepikan parti kerana nak kejar jawatan menteri dan timbalan menteri…”. Beliau merujuk beberapa ahli parlimen Pas yang menurut beliau dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri melalui ‘jalan belakang’ bukan melalui senarai nama yang diputus oleh parti.

“Sanggup gi lobi orang kiri kanan PM semata-mata untuk jadi menteri, timbalan menteri. Ini bukan akhlak dan disiplin yang diajar dalam parti” menurut beliau lagi.

Sumber :