Ahli Parlimen dihalang sampaikan bantuan laptop percuma kepada sekolah

Ahli Parlimen dihalang sampaikan bantuan laptop percuma kepada sekolah

Program bantuan komputer riba yang telah kami lancarkan sejak awal febuari lalu kini telah mencapai lebih 500 pelajar dari kalangan keluarga tidak berkemampuan telah menerima bantuan ini

Namun begitu kami tetap merasa risau jika masih ada pelajar dari kategori keluarga yang miskin ini terlepas pandang daripada menerima bantuan ini maka kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan sebahagian dari komputer riba ini kepada pihak sekolah kerana sudah pastilah pihak sekolah mempunyai maklumat yang lebih lengkap lagi berkenaan pelajar mereka yang sangat memerlukan bantuan ini.

Atas sebab itu sebanyak 150 buah komputer riba telah kami sediakan untuk di serahkan kepada pihak sekolah dan kami telah memaklumkan kepada pihak sekolah supaya mencari nama-nama pelajar mereka yang patut menerima bantuan ini.

Alhamdulillah sekolah memberi kerjasama selepas mendapat surat tawaran bantuan ini yang kami hantar lebih kurang sebulan lalu dan hari ini sebaik saja stok komputer riba tiba kami telah maklumkan kepada sekolah yang kami akan pergi ke sekolah untuk mengantar komputer yang di janjikan ini.

Namun begitu pagi ini sebaik saja tiba di depan pagar sekolah semua sekolah kami telah di maklumkan yang mereka tidak dapat membernarkan komputer ini di hantar ke dalam sekolah atas sebab arahan orang atas.

Sedih? Ya mungkin juga kami sedih kerana di layan seperti ini sedangkan yang pergi mengantar itu adalah seorang wakil rakyat kawasan dan dia hadir bukan untuk berceramah politik malah tidak minta pun untuk di adakan majlis, ianya sekadar hantar ke pejabat sekolah dan balik.

Namun sedih kami mungkin hanya sementara kerana kami tidak rugi apa-apa pun tapi sedih lagi apabila berapa ramai lagi pelajar miskin dari sekolah-sekolah lain yang tidak dapat kami serahkan bantuan ini dan bayangkanlah betapa remuknya hati pelajar-pelajar yang tak ada kemampuan untuk memiliki komputer riba ini apabila dapat tahu komputer yang mereka harapkan untuk kegunaan pembelajaran tidak sampai ke tangan mereka akibat daripada kekangan politik daripada pihak yang bertanggungjawab.

Sebenarnya kami tidak pernah menyalahkan pihak sekolah kerana kami faham situasi penjawat awam yang mendapat tekanan politik namun apa yang lagi kami mampu buat untuk membantu pelajar sekolah selain daripada semua peruntukkan kepada pihak sekolah ini kami terpaksa buka kepada lebih 2 ribu pemohon lagi yang memohon.

Kepada pelajar-pelajar sekolah yang sepatutnya mendapat bantuan laptop pada pagi ini, anda semua boleh memohon terus kepada kami dan insyaAllah jika masih mempunyai baki dan ada rezeki laptop tersebut akan kami hantar terus ke rumah anda.

Rosly Yusof

Sumber : https://negaramerdeka.com/biadap-bantuan-laptop-kepada-pelajar-miskin-dihalang-guru-besar-diarah-tutup-pagar/