Ahli parlimen baling bom tangan ketika mesyuarat bajet 2024

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang ahli parlimen dilaporkan meletupkan tiga bom tangan semasa mesyuarat tempatan di dalam bilik mesyuarat.

26 ahli majlis tempatan cedera, dengan enam daripadanya mengalami kecederaan serius, menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Kejadian tersebut berlaku pada pagi semalam di sebuah bangunan di daerah Mukachevo.

Ahli parlimen baling bom tangan ketika mesyuarat bajet 2024

Ia dilaporkan terjadi semasa ahli-ahli jawatankuasa mengadakan mesyuarat mengenai bajet 2024.

Pasukan polis, unit bahan letupan, dan detektif telah dikerahkan untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Melalui kenyataan Perkhidmatan Keselamatan Ukraine, diketahui bahawa siasatan telah dilancarkan dan kejadian itu dikategorikan sebagai jenayah keganasan.

BACA: Selain umum hari raya, ini fungsi sebenar mohor besar Raja-Raja ramai tak tahu