Ahli Bersatu tinggalkanlah Muhyiddin, jangan jadi macam orang tak sekolah

Ahli Bersatu tinggalkanlah Muhyiddin, jangan jadi macam orang tak sekolah

Dalam rencana terkini yang Dr. Maszlee Malik tulis pagi ini, dia beri ulasan yang sangat realistik mengenai masa depan parti Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

Saya pun tak tahu macam mana nak komen lagi. Fakta2nya tepat dan ulasannya pun tepat. Kesimpulan saya ialah ahli2 Bersatu yang tidak faham fakta2 ini memang jenis yang tidak pergi sekolah. Atau kalau pergi sekolah pun, mungkin setakat sekolah rendah saja. Kalau terlepas masuk sekolah menengah pun, sia2 saja sebab bebal jugak. Kalau saya cikgu diorang, saya akan rasa menyesal tak sepak saja dulu sebab malu diorang ni bekas anak2 murid saya.

Kat mana lagi yang susah sangat nak faham apa Maszlee cakap? Sudah-sudahlah.. Tinggalkan saja Muhyiddin tu. Dia drebar bas yang akan bawak kamu semua sebagai penumpang2nya terjun gaung. Omputih kata “suicidal” – saja nak bunuh diri.

Bersatu under Muhyiddin is gone. Bye-bye. You are toasted. There is simply no future. Paham tak bahasa omputih ni?

Statistik yang Maszlee beri dalam rencana dia begitu lengkap menggambarkan masa depan yang sungguh kelam untuk team Muhyiddin. Sebab itulah Umno dan Pas tak jemput pun Bersatu hadir dalam mesyuarat Muafakat Naisonal mereka semalam. Sebelah mata pun diorang tak pandang parti Bersatu yang Muhyiddin pimpin ini.

Apa Muhyiddin nak buat sekarang? Nak marah diorang? Nak ugut diorang? Nak hukum diorang? Hahaha… Gelak besar diorang sambil terguling-guling.

Dari duduk melepak tepi longkang sebelum ini menjerit-jerit kutuk kerajaan PH sebab takda kerja lain, tiba2 Muhyiddin pungut dan jadikan diorang sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi2 GLC. Lumayan pak!!

Ada diorang mintak semua ni? Mana ada!! Ini semua pasal idea Muhyiddin yang cerdik sangat itulah, sebab dia kemaruk sangat nak jadi PM.

Sebagai balasan, apa yang Umno dan Pas kata? Dia kata, “Terima kasihlah.. Kita geng untuk sementara ini saja ya, sebab kau nak sangat jadi PM sekarang. Tapi untuk PRU-15 akan datang, kirim salam sajalah. Babai..”

Kena kunyah mentah2 saja oleh Umno dan Pas. Lepas tu diludah keluar.

Oleh itu, sebelum tidor malam ini, saya saran kepada ahli2 Bersatu supaya ambik masa tak sampai 5 minit pun untuk baca rencana yang Maszlee tulis ni dan pikir dalam2 sikit untuk cuba faham hakikat masa depan kamu yang sebenar. Mudah-mudahan bangun tidur esok pagi akan lebih cerdik dari hari ini.

Sumber:

COMMENTS