Agih durian percuma akhirnya bawa padah

Agih durian percuma akhirnya bawa padah

Seorang lelaki yang mengedarkan buah durian secara percuma Jumaat lalu Jumaat di Jalan Temenggong, Parit Buntar, sudah dipanggil memberikan kenyataan bagi membantu siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, lelaki berusia 39 tahun itu sudah memberi keterangan di Balai Polis Parit Buntar semalam selain mengakui bertanggungjawab kerana tidak dapat mengawal orang ramai yang hadir pada hari kejadian.

“Kertas siasatan sudah siap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kami tunggu keputusan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan durian percuma yang diberikan sebuah syarikat,di Parit Buntar,semalam. FOTO IHSAN PEMBACA

Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan durian percuma yang diberikan sebuah syarikat,di Parit Buntar,semalam.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.

Pada Jumaat tular dalam media sosial gambar dan video orang ramai yang berpusu-pusu beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal ketika mahu mendapatkan buah durian yang diedarkan secara percuma oleh sebuah syarikat di bawah jejambat Jalan Temenggong, Parit Buntar.

Difahamkan penganjur menyediakan empat tan durian percuma dari Batu Kurau untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/737403/polis-rakam-keterangan-penganjur-durian-percuma

BACA JUGA : Panas !!! Blogger Umno dedah senarai sebenar MP BN sokong Muhyiddin