Agama mana dia ikut? Asnaf ada 8 golongan tapi ahli parlimen PN kata kemiskinan tidak dapat dihapuskan sebab adanya zakat?
Berulang-ulang ahli parlimen PN/PAS bahas perkara yang takde faedah.
Ini lagi sorang, usaha menoktahkan kemiskinan pun nak dipertikai dan kaitkan dengan agama alasannya zakat!
Apa benak sangat? Jumud dan sempit sekali pemahaman puak PN/PAS ni.
Usaha menoktah kemiskinan tu adalah perkara baik yang sewajarnya sama-sama diperkasakan, bincangkan apa yang boleh dilakukan, apa kaedah terbaik dan sebagainya.
Tapi makcik ni kata kemiskinan tidak dapat dihapuskan sebab adanya zakat? Backward thinking, pessimist, pasif dan takkan sekadar mahu berpuas hati jadi miskin.. Oh! Takpelah miskin, ia memang takkan dapat dihapuskan.
Tumpul sekali otak makcik hajjah PN/PAS ni.
Kalau pembayar zakat tidak menoktahkan kemiskinan dia, macam mana nak bayar zakat in the first place?
Pffttt.. Pengertian dan hikmah zakat tu luas bukan hanya untuk bantu mereka yang miskin sahaja makcik hajjah.
Sebenarnya makcik hajjah PN/PAS ni tahu ke tidak peranan sebagai ahli parlimen? Apa fungsi dia dilantik ke parlimen mewakili rakyat?
Janganlah buang masa bercakap tak tentu hala. Kesian orang Temerloh, dah la aku suka makan patin tempoyak.. Sedap oh! Tapi logik makcik hajjah ni memang tak boleh nak hadam. Penimmmmmm sama macam logik lebai Marang!
Kalau ikut senarai penerima asnaf ada 8 golongan menurut portal pusat pungutan zakat, iaitu:
1. Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
2. Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
3. Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
4. Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu:
a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
5. Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
6. Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
7. Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
8. Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan
BACA: