Adun Sabah pro kerajaan pertikai RUU baharu JAKIM, minta kaji semula

Adun Sabah pro kerajaan pertikai RUU baharu JAKIM, minta kaji semula.Cadangan kerajaan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam wajar dikaji semula demi kebaikan semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, cadangan akta itu dikhuatiri boleh mencetuskan rasa sinis kepada agama lain di negara ini.

“Akta itu bukan sahaja boleh menimbulkan provokasi terhadap moral kerohanian, malah ia jelas tidak mencerminkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

“Kenapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu diberi kuasa mengubal akta baharu untuk mengawal sensiviti penganut agama lain. Apakah kuasa yang ada pada JAKIM? soalnya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Masiung berkata, Perlembagan Perkara 11(4) dengan jelas menerangkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.

Adun

“Akta itu dengan terang dan jelas menyatakan sekatan yang ada pada agama lain,” ujarnya.

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan akan mengubal 11 Rang Undang-Undang (RUU) Syariah baharu termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dibentangkan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

Menurut Masiung, secara peribadi dia menghormati Islam sebagai agama rasmi, tetapi pengumuman Timbalan Menteri Agama itu yang sedang mengubal akta baharu boleh mencetuskan kekeliruan kepada penganut agama lain.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, adalah lebih baik JAKIM memperkenalkan RUU berkonsepkan keharmonian yang boleh membawa kepada perpaduan kaum dan bebas mengembangkan agama masing-masing.

Beliau menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong supaya akta baharu yang sedang digubal itu perlu dikaji semula sebelum dibentangkan di Parlimen.

Katanya, jika diluluskan akta itu ia bukan sahaja menimbulkan kebimbangan kepada penganut agama lain tetapi dikhuatiri boleh mengundang isu sekular yang melampau.

Berita Penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2021/09/08/masiung-minta-kaji-semula-ruu-baharu-jakim

BACA: Kes harian Covid-19 : Sarawak terus kedudukan teratas diikuti Selangor