Adun PN tak diterima dalam kerajaan Melaka – Rauf

Adun PN tak diterima dalam kerajaan Melaka.Umno tidak bersetuju cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Melaka.

Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan membabitkan ADUN Bemban, Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Mohd Aleef Yusof dalam kerajaan baharu.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian Umno tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Bersatu yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

 

Ab Rauf Yusoh

“Cadangan untuk menggabungkan mereka tidak akan diterima dan kita tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan Bersatu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, BN menang 21 daripada 28 kerusi, PN dua kerusi, manakala lima lagi milik Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya dua ADUN PN berkenaan bersama BN untuk membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan pada peringkat pusat.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN itu dilantik sebagai Exco kerana BN mempunyai jumlah kerusi mencukupi, iaitu melebihi dua pertiga.

BACA: Adun PN Melaka zahir rasa tak bersedia duduk di kerusi pembangkang

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    frolpwecerit 5 days

    Have you ever thought about including a little bit more than just your articles? I mean, what you say is fundamental and everything. But imagine if you added some great photos or videos to give your posts more, “pop”! Your content is excellent but with images and video clips, this website could undeniably be one of the most beneficial in its field. Excellent blog!

    http://www.frolpwecerit.com/