Adun PN Melaka zahir rasa tak bersedia duduk di kerusi pembangkang

adun

Adun PN Melaka zahir rasa tak bersedia duduk di kerusi pembangkang.Dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban dilihat tidak bersedia untuk duduk di kerusi pembangkang bersama lima lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).

Ini susulan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut kepada Utusan Malaysia yang menegaskan, pembentukan kerajaan negeri perlu mengambil kira komposisi kerajaan di peringkat Pusat yang mencerminkan keharmonian kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PN.

Memetik laporan utusan online ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan demi kestabilan politik dan selari dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menzahirkan sokongan atau kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

adun

Justeru, katanya, perkara sama sepatutnya diterapkan di peringkat kerajaan negeri.

“Walaupun kita bertan­ding berasingan, kena ingat juga di peringkat awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ada usaha untuk bergabung. Tetapi, ia tidak berjaya kerana ada unsur-unsur lain yang menghalangnya seperti pembahagian kerusi.

“Buat masa ini, belum diputuskan lagi sama ada saya di blok pembangkang atau kerajaan, jadi, tidak boleh ulas lebih lanjut. Jika lihat jumlah kerusi, dia (BN) memang tidak perlukan kita (PN) lagi.

BACA: Zuraida mengelak dari jawab isu penubuhan Parti Bangsa Malaysia

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Adun PN Melaka zahir rasa tak bersedia duduk di kerusi pembangkang […]