Adun Amanah gesa kerajaan beri suntikan modal kepada peniaga kecil

Adun Amanah gesa kerajaan beri suntikan modal kepada peniaga kecil.ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak membantu glongan peniaga kecil yang terjejas teruk akibat pandemik Covid19.

Menurutnya, akibat pandemik ini serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rata-rata peniaga kecil terjejas teruk malah ada yang terpaksa gulung tikar.

Justeru, beliau mencadangkan agar pihak kerajaan memberi bantuan geran secara one off kepada golongan ini untuk mereka memulakan kembali perniagaan.

“Saya mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kepada peniaga-peniaga kecil untuk memulakan kembali perniagaan mereka yang terjejas.

Adun

“Golongan ini tidak lagi mampu memulakan semula perniagaan kerana tidak mempunyai modal setelah mereka terpaksa tutup perniagaan mereka.

“Apalah sudi kiranya kerajaan memberi bantuan geran secara one off kepada golongan ini bagi mereka memulakan kembali sumber mata pencarian dalam menyara hidup mereka sekeluarga,” kata Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di DUN Perak, disini hari ini.

Berita Penuh : https://perakinsights.com/2021/08/26/asmuni-cadang-beri-sumbangan-modal-kepada-peniaga-kecil-untuk-memulakan-semula-perniagaan/

BACA: Gempar !!! Adun dedah jumlah mangsa Covid-19 dikebumi berganda dari angka diumum Jabatan Kesihatan