Adly tunjuk bukti pentadbirannya dahulu bukan boneka DAP

Adly tunjuk bukti pentadbirannya dahulu bukan boneka DAP. Pengerusi Pakatan (PH) Melaka, Adly Zahari menafikan menjadi boneka DAP sepanjang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri selama 22 bulan sebelum tumbang pada Mac 2020.

Semasa dalam pemerintahannya DAP tidak pernah membantah kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif ekonomi bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi Bumiputera.

“DAP tak bantah pun, …saya ingin nasihat kepada pihak di sebelah sana supaya berhentilah main isu .

Lebih baik kita cerita apa rancangan kita untuk membantu rakyat yang baru hendak bangkit selepas dua tahun terpaksa berkurung dalam rumah

Ketika menerajui kepemimpinan negeri, PH berjaya menubuhkan Dana Harta Bumiputera dan mengumpul RM33 juta.

Dana itu disalurkan sebagai pinjaman mikro kepada usahawan Bumiputera dengan nilai pinjaman kurang RM100,000 melalui penyediaan kaedah pembayaran balik secara mudah, katanya.

adly

Selain itu, dana berkenaan juga membantu membina Rumah Peduli Rakyat bernilai kurang RM100,000 khusus untuk golongan B40 yang benar-benar memerlukannya.

Semasa dalam pemerintan beliau juga selama 22 bulan banayak lagi inisatif peduli rakyat yang telah di perkenalkan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat negeri Melaka Khususnya .

Beliau pernah membangkitkan isu tersebut dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) , UMNO dan Barisan Nasional (BN) perintah 19 bulan, adakah dana itu bertambah?atau sebaliknya

“BN jawab tidak bertambah walau satu sen pun sedangkan UMNO selalu melaungkan slogan membela Melayu dan Bumuputera,”

Beliau juga menambah selama kita memerintah 70 peratus apa yang kita rancang dalam manifesto PH telah kita lakukan dan banyak lagi kita mahu lakukan untuk kebaikan Negeri, Nanum tergendala di sebabkan kerajaan di jatuhkan .

COMMENTS

Wordpress (0)