Adly kesal agihan sumbangan kerajaan melalui saluran politik

Adly kesal agihan sumbangan kerajaan melalui saluran politik

Menurut beliau seperti dipetik dalam posting facebooknya:-

“Di Melaka, agihan barang keperluan kerajaan menggunakan saluran politik kawasan dan cawangan amatlah dikesali. Itu tidak baik untuk rakyat Melaka.”

“Manfaat senarai E Kasih dan Bantuan MAIM. Jentera kerajaan mampu melaksanakan dengan tersusun dan tanpa pilih kasih politik. Dalam kesukaran Covid19, kita tidak pernah mahu berubah.”

Itulah luahan yang dizahirkan oleh Adly Zahari. Beliau memohon manfaatkanlah sebaik-baiknya senarai e-Kasih dan bantuan dari MAIM sebaik yang mungkin. Agar kumpulan sasaran tidak tersasar dan terlepas pandang untuk menerima bantuan.