Adly beri jaminan akan teruskan plan tertangguh untuk atasi banjir di Melaka

Calon Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berjanji akan meneruskan plan perancangan mengatasi banjir yang tergendala sejak 2020 lalu jika rakyat memberi mandat memimpin Melaka semula.

Menurut penyandang DUN Bukit Katil ini, beberapa inisiatif telah dibuat bagi mengatasi masalah banjir bagaimanapun sebahagian tidak dapat dilaksanakan disebabkan berlakunya perubahan kerajaan di tengah jalan.

“Masalah banjir yang berlaku di negeri ini sebenarnya mampu diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Adly beri jaminan akan teruskan plan tertangguh untuk atasi banjir di Melaka

Adly Zahari

“Saya selalu memberikan beberapa inisiatif walaupun kita tidak dapat laksanakana kerana kita kehilangan kerajaan pada tahun 2020.

“Tetapi saya yakin kalau kita diberi mandat isu-isu yang berkaitan banjir kilat ini sebenarnya kita boleh atasi sebahagiannya dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, melaksanakan program-program rumah pam antara satu usaha boleh menyelesaikan sebahagian daripada masalah banjir kilat di samping memperbaiki persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tebatan banjir.

Apa yang paling penting katanya tambatan laut harus disusun semula dengan betul supaya satu saliran utama untuk memastikan sungai-sungai yang mengalir ke laut boleh mengalir dengan sempurna.

“Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya banjir di kawasan pinggir bandar dan hulu sepertimana di Alor Gajah di Gadek dan seumpamanya.

“Kesan tambatan laut inilah punca kenapa orang melaka sering hadapai banjir kilat,” katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Mat Said gelar Adun Pas Terengganu ‘bodoh’
Gempar !!! Ahmad Maslan dedah ada calon beri rasuah untuk raih undi

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Adly beri jaminan akan teruskan plan tertangguh untuk atasi banjir di Melaka […]