Adi Putra berang lokasi suntikan vaksin diubah dari KL ke Kelantan

Adi Putra berang lokasi suntikan vaksin diubah dari KL ke Kelantan

Pelakon popular Datuk Adi Putra meluahkan rasa berangnya apabila lokasi untuk dia mendapat suntikan vaksin diubah dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi akaun Instagram miliknya.

“Saya buat temujanji Vaksin di MY Sejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 1130am.

“Hari ini saya buka MY Sejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar. Saya duduk KL bukan Kelantan BODOH !!” tulisnya.

Menerusi gambar yang dikongsi, beliau dijadualkan mendapat suntikan vaksin di World Trade Centre pada 16 Mei ini pukul 11.30 pagi.

Bagaimanapun, jadual tersebut diubah di mana lokasinya adalah di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor pada 25 Mei ini pukul 3.00 petang.

Sumber : https://www.kopiplanet.com/saya-duduk-kl-bukan-kelantan-bodoh-adi-putra-berang-lokasi-suntikan-vaksin-diubah-dari-kuala-lumpur-ke-kelantan/?