Adham terus kekal dalam kabinet, saling tukar tempat dengan Khairy

Adham terus kekal dalam kabinet, saling tukar tempat dengan Khairy

Adham terus kekal dalam kabinet, saling tukar tempat dengan Khairy.Barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menyaksikan Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba masing-masing bertukar portfolio.

Khairy yang sebelum ini merupakan menteri sains, teknologi dan inovatif mengambil alih jawatan sebagai menteri kesihatan.

Sebelum ini, Khairy yang juga parlimen Rembau menggalas tanggungjawab besar sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19.

Ketika menggalas jawatan sebagai menteri kesihatan, Adham terpalit dengan beberapa kontroversi.

Adham

Kenyataan yang dibuatnya sebelum ini di tengah-tengah negara sedang bertarung dengan pandemik Covid-19 menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengambil alih pengumuman harian kes jangkitan Covid-19.

Adham yang juga ahli parlimen Tenggara kini mengambil alih portfolio Khairy sebagai menteri sains, teknologi dan inovatif.

Ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin Yassin, timbul kekeliruan mengapa Khairy dilihat sering menjadi individu utama yang mengendalikan isu melawan Covid-19.

Ini disebabkan kebanyakan aspek berkaitan tugasan tersebut berada bawah Kementerian Kesihatan, tetapi ia sebaliknya dikendalikan oleh Mosti.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588864

BACA: Azhar serah kepada PM tentukan kedudukannya