“Adakah Wee ka Siong akan letak jawatan?”

pemimpin

APAKAH Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong akan terus mempertahankan dasar kabotajnya yang gagal walaupun diakui oleh kementerian lain, soal Lim Guan Eng.

Lim berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberitahu Parlimen syarikat multinasional tidak memilih Malaysia kerana dasar kabotaj Wee.

Menurut Lim, ia menyebabkan Malaysia kehilangan sejumlah pelaburan asing sebanyak RM12 hingga RM15 bilion.

"Adakah Wee ka Siong akan letak jawatan?"

Lim Guan Eng

“Sekarang menteri KKMM secara terbuka mengaku Wee sebagai salah. Adakah salah seorang menteri akan mengundurkan diri?

“Lebih penting lagi, siapa yang berkata benar dan bersalah mengelirukan Parlimen ketika kedua-dua jawaoan bertentangan itu dibuat di Parlimen?” kata setiausaha agung DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut ahli Parlimen Bagan, KKMM memberitahu Parlimen pada 5 Oktober yang Facebook dan Google memutuskan untuk tidak menyenaraikan Malaysia dalam projek Apricot kabel dasar laut sepanjang 12,000km kerana Malaysia belum memuktamadkan dasar kabotaj.

Aprikot akan menghubungkan Jepun, Taiwan, Guam, Filipina, Singapura, dan Indonesia tetapi menyenaraikan Malaysia.

Tetapi pada 30 September, Wee memberitahu Parlimen yang MNC tidak menyenaraikan Malaysia kerana perang perdagangan AS-China dan bukan kerana dasar kabotaj.

Pada 2018, menteri pengangkutan ketika itu, Anthony Loke (Seremban-PH) memberi pengecualian untuk kapal membaiki kabel dasar laut asing untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di perairan Malaysia.

Menurut Loke, waktu (purata 27 hari) yang diambil untuk mendapatkan lesen penghantaran domestik (DSL) terlalu lama dan menyebabkan gangguan sambungan Internet tidak perlu.

Justeru, kerajaan memutuskan untuk mengecualikan kapal yang melakukan pekerjaan pembaikan tersebut.

Bagaimanapun, apabila Wee mengambil alih pada 2020, beliau membatalkan keputusan itu, dengan berkata ada syarikat tempatan yang boleh melakukan kerja itu dan Malaysia tidak perlu bergantung kepada kapal asing.

Bagaimanapun, keputusan Wee menerima kecaman daripada syarikat asing seperti Facebook, Google, Microsoft dan Amazon serta syarikat telekomunikasi tempatan.

Pihak lain yang mengadu keputusan itu menyebabkan Malaysia kehilangan pelaburan termasuk Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Komunikasi dan Kerjasama Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Tetapi Wee tetap dengan keputusannya dan walaupun Kabinet sepatutnya memutuskan isu kabotaj pada April, tiada apa berlaku.

Sejak itu, Wee juga mengubah kenyataan dengan berkata Kementerian Pengangkutan memendekkan waktu diperlukan untuk mendapatkan DSL kepada tiga hari dan sejak itu memberikan 10 DSL kepada kapal asing untuk memperbaiki kabel dasar laut di perairan Malaysia.

Dalam perkembangan terbaru, Wee memberitahu Parlimen yang Kabinet akan memutuskan isu kabotaj dalam mesyuarat semalam.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan belum membuat pengumuman mengenai perkara itu.

Berita Penuh : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/344345

BACA JUGA : “Kes Covid-19 akan kembali melonjak selepas beri kebenaran rentas negeri”

COMMENTS

Wordpress (0)