Adakah mineral baru atau balak?

Adakah mineral baru atau balak?

Baca berita kat portal Harakah tadi, Kononnya ada hasil mineral bernilai 43 Trillion.. Bila MB umum macam tu.. tak tahu tahap apa IQ MB depa ni.. boleh jadi setanding bani Melayu yang ditipu Scammer diluar sana..

Depa tahu tak, Perolehan Petronas hat depa teroka laut dalam, Gerudi Minyak Seluruh Dunia pun Setahun baru RM 260 Billion.. tapi Kedah tiba tiba ada hasil 43 Triliion.. I Trillion tu bersamaan 1000 Billion iaitu paras hutang negara..maksudnya bersamaan hasil Petronas dekat 200 tahun lah kut.. kalah kekayaan emir dan Negara Qatar..

Bila MB dia kata, Hasil ni banyak terletak dibawah kawasan yang dah dibangunkan.. Yang boleh diteroka hanya kawasan bukit dan Hutan.. Bila dia cakap bukit ngan hutan..faham faham lah..

Taktik macam ni bukan lah baru..Di Kelantan pengumuman macam ni dah dibuat lama dah.. Depa ada jumpa Emas.. ada cuma Gas dan minyak atas darat.. ada jumpa batu kapur..Karbon Kredit.. last last apa jadi, Projek entah kemana, Yang hilang Hutan dan balak… itu jer depa mampu fikir.. dah tebang balak, Syarikat Perkayuan Kelantan depa pun gulung tikar.. begitu juga PBMK Sawit..

Di Kelantan, Syarikat Perlombongan Emas KelGold Mining yg danugerahkan tanah seluas mata memandang.. depa jual 100% kepentingan dengan nilai hanya RM 2.5 juta pada CNMC Goldmine syarikat dari Singapura dan China.. bayangkan syarikat Perlombongan emas dia jual RM 2.5 juta.. last last berkibar bendera China di Kelantan dapat kawasan Emas.. Kelantan dapat apa ?

Kalau kat Kelantan tu Syarikat dan hak perlombongan Emas pun depa gadai mcm tu.. apalah sangat hasil mineral lain.. dulu macam tu juga, Umum nak bina Lebuhraya Rakyat..derma mintak, Lebuh raya tak nampak..tapi abis cerah kawasan Balak.. hat Karbon Kredit tu jangan kata lah dia punya bohong..

Di Taiping tu.. ada satu kawasan tadahan tempat air mineral.. Ada satu Syarikat.. Nama dia Spritzer.. Dia uruskan air mineral jer.. tapi perolehan setahun depa lebih RM 350 Juta.. Bayangkan Urus air mineral perolehan depa beratus juta.. Sebab apa ? ini orang pangil Al Qawwi Al Amin.. sebab depa pandai..

Tak payah banding Singapore.. Di Pulau Pinang tu satu tadahan air pun takda.. tapi pengurusan dan air depa paling murah dan bersih di Malaysia.. Hat Penang ambil air dari kawasan tadahan Kedah..masalah air kat kedah jauh lebih teruk.. di penang kawasan Balak pun takda.. tapi hasil dan Rezab simpanan depa antara paling Tinggi..

Lebai PAS ni jangan kata urus bahan Mineral.. Urus Balak dan hasil mahsul pun Fail… urus Sawit pun bankrap.. Air pun kotor.. Jadi tak payah sembang lah nak urus hasil mineral hat bawah Tanah tu.. Sembang jer lah..cakap jer nak tibai balak.. 🙂

Ipohmali

Sumber :