Adakah Dusuki berbohong bila dia mendakwa di’gam’ oleh PH?

Adakah Dusuki berbohong bila dia mendakwa di’gam’ oleh PH?

Di dalam bulan Ramadhan Karim serta di saat umat Islam dan seluruh dunia sedang menghadapi wabak covid-19, masih tergamak seorang yang bergelar Ustaz berbohong.

Menerusi satu posting yang dimuatnaik oleh Ustaz di statusnya

“Hampir dua tahun juga saya di ‘gam’ oleh tangan penguasa politik PH ketika itu dari ke udara di stesyen TV dan Radio milik kerajaan ketika itu, semalam Jumaat gam itu tertanggal jua di sebabkan kehilangan kuasa mereka. Maknanya dakwah ini perlu ada kuasa, tanpa kuasa kita akan kehilangan upaya, senang sahaja di perkotak katik oleh sesiapa sahaja, untuk dapat kuasa, maka perlu melibatkan diri dengan politik, di sinilah Islam mengajar ummatnya menggunakan politik Islam yang di ajar oleh junjungan baginda. Selama ini ramai sahaja di kalangan kita membiarkan sahaja kuasa politik di tangan mereka! akhirnya, dakwah tak mampu di kembangkannya.. Mari kita menggunakan politik Islam sebagai cara kita menghadapi tipu daya musuh Nya..

Setelah beliau tulis panjang lebar dengan menabur fitnah telah digam berceramah di stesen radio dan televisyen selama 2 tahun, muncul satu komen dari netizen atas nama Zaki Sukery yang bertanya kepada Ustaz program Ustaz tersebut bersama stesen radio kerajaan “Bernama” pada tahun 2019;-

Ustaz,nak tanya poster di atas betul ke?
Kalau betul,sebab apa Ustaz kata kena gam oleh Kerajaan sebelum ini?
Kalau betul,boleh ke cakap bohong bagi menunjukkan Kerajaan sekarang ini lebih baik berbanding Kerajaan sebelum ini?
Kalau betul,apa jadi dengan pahala puasa seseorang yang bercakap bohong lebih-lebih lagi dalam Ramadan?
Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Ramadan Kareem.

Begitulah pertanyaan dari pemilik akaun facebook Zaki Sukery.

Nampaknya Ustaz pun berbohong di dalam bulan yang penuh keberkatan. Ustaz pun jangan lupa tauliah mengajar beliau di negeri Selangor bawah kerajaan Pakatan Harapan yang ada DAP masih sah dan tidak pernah ditarik balik. Tak perlulah Ustaz mencari publisiti dengan berbohong.

Sumber :

COMMENTS