Ada kesan darah beku selepas suntikan AstraZeneca? Ini jawapan pakar

Ada kesan darah beku selepas suntikan AstraZeneca? Ini jawapan pakar. Kajian kesan sampingan darah beku dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca mendapati kebarangkalian ia berlaku adalah amat kecil.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan PLOS itu, risiko mengalami darah beku adalah antara satu dan tiga kes dalam setiap sejuta penerima vaksin dos pertama, berbanding dengan yang tidak menerima imunisasi terbabit.

Ini berdasarkan rekod kesihatan 46 juta orang dewasa di England antara Disember 2020 dan Mac 2021 bagi menilai risiko pembekuan darah selepas menerima vaksinasi sama ada menggunakan Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca-Oxford.

Ada kesan darah beku selepas suntikan AstraZeneca? Ini jawapan pakar

Kajian itu dijalankan oleh William Whiteley dari University of Edinburgh dan Pusat Sains Data BHF Britain.

Hasil kajian mendapati tiada risiko masalah membabitkan jenis vaksin berkenaan pada arteri dan ‘venous thrombotic’ bagi mereka yang berusia 70 tahun ke atas.

Manakala risiko trombosis vena intrakranial (ICVT) berikutan vaksin AstraZeneca adalah hampir dua kali ganda pada mereka yang berusia di bawah 70 tahun, iaitu bersamaan satu dan tiga kes dalam setiap sejuta orang.

Risiko ICVT dan kemasukan ke hospital dengan trombositopenia adalah jauh lebih tinggi berbanding manfaat kesan vaksin dalam mengurangkan kematian dan morbiditi akibat COVID-19.

Ada kesan darah beku selepas suntikan AstraZeneca Ini jawapan pakar

Penyelidik berusaha menganalisis sebarang kaitan antara vaksin COVID-19 dan pembekuan darah yang jarang berlaku di otak, arteri atau urat yang kadang kala disertai dengan platlet rendah.

Isu itu menyebabkan banyak negara menghentikan penggunaan suntikan vaksin dibangunkan bersama Universiti Oxford itu pada tahun lalu.

Malah, vaksin Johnson & Johnson yang dibangunkan berdasarkan asas sama dengan AstraZeneca turut dikaitkan dengan kes darah beku dan pengurangan jumlah platlet.

Susulan risiko itu, beberapa negara menyekat dan menggantung penggunaan vaksin berkenaan selepas pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan kemungkinan hubungan antara suntikan serta kesan vaksin. – REUTERS

Tonton:

Baca:

Banjir Pantai Timur makin teruk, Abang Viva kembali lagi untuk beraksi

“Made in Janda Baik”, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis

Penduduk panik tengok bentuk awan, muncul sebelum matahari terbenam