Abang tubuh parti politik baru, ini respon Ismail Sabri

Abang tubuh parti politik baru, ini respon Ismail Sabri.Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob, menubuhkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno menyifatkan, perbezaan keahlian parti politik dalam kalangan ahli keluarga juga bukan suatu perkara baharu dalam politik tanah air.

“Adik-beradik berlainan parti politik bukan perkara baharu, sudah ada di Malaysia…ini demokrasi, itu hak beliau…tidak timbul pertelingkahan dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Bera itu ketika ditanya mengenai tindakan Kamarazaman yang menubuhkan Parti Kuasa Rakyat, baru-baru ini.

 tubuh

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Pemakaian Lencana Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, di sini.

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Sahabudin Abd Manan, dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Zaini Jass.

Media sebelum ini melaporkan Kamarazaman melancarkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum pada 10 Oktober lalu, yang antara lain akan memperjuangkan pelajaran percuma, kesihatan percuma, rumah percuma dan peluang pekerjaan terutama kepada golongan B40 dan M40

BACA: Sekolah di Lembah Klang kembali bersemuka 1 November

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    Jenna 2 days

    Howdy! I understand this is somewhat off-topic however I needed to ask.
    Does building a well-established blog like yours require a massive amount work?
    I’m completely new to operating a blog but I do write in my journal
    daily. I’d like to start a blog so I can share my experience and
    views online. Please let me know if you have any kind
    of suggestions or tips for new aspiring bloggers. Appreciate it!

    My web page; Glinda

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Abang tubuh parti politik baru, ini respon Ismail Sabri […]