9 beranak muntah darah makan cendawan

Sembilan beranak mengalami muntah dengan dua daripada mereka muntah darah selepas menikmati hidangan sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun di Kampung Nyiur, Paka, Dungun, Terengganu, minggu lalu.

Ibu kepada lapan anak, Nurul Musfirah Ghazali, 32, itu berkata, dia langsung tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies cendawan beracun.

Dia memetik cendawan tersebut sebelum digoreng bersama sayur kangkung dan kacang sebagai salah satu menu makanan tengah hari mereka sekeluarga.

9 beranak muntah darah termakan cendawan beracun

Cendawan yang dimakan sembilan beranak di Kampung Nyiur, Terengganu, minggu lalu. (Gambar Facebook)

“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena, terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut, rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah, suami, Muhammad Nurhadi, 36.

”Dalam keadaan tidak bermaya, kami mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek, ada yang mulut berbuih dan keluar darah. ALLAH saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Menurutnya, semua yang ada di dalam rumahnya menjamah menu tersebut kecuali anak yang paling bongsu, berusia setahun sebulan.

Menurut Nurul Musfirah, sebelum ini dia memang pernah ternampak spesies cendawan berkenaan yang tumbuh di kebun sayurnya, namun tidak pernah terlintas untuk memetiknya.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia langsung tidak rasa ragu-ragu, lalu memetik dan memasaknya.

BACA JUGA : Umno Terengganu enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15 – Mat Said
Bekas ADUN Asahan meninggal dunia kerana Covid-19

COMMENTS

Wordpress (2)