87 Penghuni Madrasah Disyaki Covid-19 di Terengganu

87 Penghuni Madrasah Disyaki Covid-19 di Terengganu

Kerajaan Terengganu mengesahkan 87 penghuni madrasah di Kubang Bujuk di sini dikuarantin selepas disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, kesemua pesakit kini berada di bawah pengawasan (PUI) bermula Sabtu lalu di Hospital Hulu Terengganu (HHT).

Menurutnya, mereka yang terlibat merupakan kontak rapat dengan seorang ahli tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Selangor baru-baru ini yang singgah di madrasah berkenaan.

“Setakat ini belum ada kes yang disahkan positif Covid-19 dan kita masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

“Bagaimanapun, langkah yang sepatutnya telah diambil seperti menjejaki kontak yang mempunyai kaitan juga sedang dibuat.

“Sebagai langkah tambahan, kita juga akan menyediakan keperluan kepada penghuni madrasah itu seperti makanan sepanjang tempoh kuarantin,” katanya pada sidang akhbar khas berkaitan Covid-19 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/74036/KHAS/Koronavirus/87-penghuni-madrasah-disyaki-dijangkiti-Covid-19