80 peratus lengkap vaksin, rakyat bakal nikmati kebebasan semula?

Cubaan

Rakyat Malay­sia bakal menikmati pergerakan lebih bebas termasuk merentas negeri berikutan 80 pe­ratus golongan dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vak­sin Covid-19 sekali gus membentuk imuniti kelompok.

Ini kerana kerajaan sudah ber­janji akan membuka lebih ba­nyak sektor ekonomi teruta­ma pelancongan, perkhidmatan dan perkilangan sekali gus membawa ekonomi negara ke landasan pemulihan selepas me­rudum sejak dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Pencapaian 80 peratus vaksinasi golongan dewasa tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi laman Twitter rasmi beliau se­malam.

80 peratus lengkap vaksin, rakyat bakal nikmati kebebasan semula?

“Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Teruskan usaha kita perangi Co­vid-19,” kata Ismail Sabri menerusi ciapan tersebut.

Kejayaan itu dicapai dalam masa hanya tujuh bulan selepas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi rakyat Malaysia pertama menerima vaksin pada 24 Februari lalu.

Meskipun kerajaan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyasarkan imuniti kelompok itu akan dicapai pada hujung Oktober, namun sasaran tersebut berjaya dicapai sebulan lebih awal.

Perkembangan itu secara langsung bakal menyaksikan lebih banyak kelonggaran pelbagai sekotor dibuka semula di samping pembukaan sekatan pergerakan rakyat iaitu rentas negeri.

Berdasrkan Pelan Pemulihan Negara (PPN), tahap populasi dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima vaksin merupakan Tiga Indikator Ambang Utama untuk beralih dari sati fasa ke fasa seterusnya.

Misalnya, fasa keempat adalah fasa terakhir PPN di mana rakyat seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes Covid-19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity) selewatnya pada akhir tahun ini.

Perkembangan itu menyaksikan semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Bagi Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sha­rifa Ezat Wan Puteh, perkemba­ngan kadar 80 peratus populasi lengkap vaksin itu tidak bermakna rakyat boleh alpa dan mengabaikan aspek jangkitan Covid-19 atau merasakan mereka boleh hidup bebas seperti sebelum pandemik melanda.

Katanya, mereka masih perlu menjaga SOP kerana pa­ling membimbangkan sekarang apabila jangkitan baharu dalam kalangan rakyat yang sudah lengkap divaksinasi khususnya dengan kemunculan varian baharu Covid-19.

“Setakat ini ada data me­nunjukkan orang ramai sudah divaksin tetapi masih terkena virus Covid-19. Apatah lagi de­ngan kemunculan baharu.

“Selain itu, tiada statistik membabitkan jenis vaksin yang dijangkiti semula Covid-19. Ini amat membimbangkan kita,” katanya.

Justeru, Dr. Sharifa Ezat mencadangkan agar kebenaran rentas negeri hanya membabitkan negeri yang mencapai kadar vaksin 80 peratus seperti antara Lembah Klang ke Negeri Sembilan atau Melaka.

Malah kata beliau, kerajaan perlu mewajibkan ujian sari­ngan Covid-19 kepada semua individu yang ingin rentas negeri.

“Kita tahu ramai rakyat tertunggu kelonggaran ini jika negara mencapai 80 peratus kadar vaksinasi. Tetapi ada negeri belum capai jumlah ini, malah baru sahaja 50 hingga 60 peratus.

“Jadi kerajaan kena berhati-hati dalam membuat keputusan khususnya membuka lebih luas aktiviti sosial dan rentas ne­geri,” katanya.

Menurut Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr. Kuljit Singh pula, kerajaan boleh mula memberi kemudahan seperti dijanjikan sebelum ini dengan ia perlu secara berperingkat seperti mana dilakukan sekarang.

Kata beliau, langkah pembukaan pelbagai sektor secara drastik secara tidak langsung boleh menyebabkan berlaku pe­ningkatan jangkitan mendadak seperti yang sedang berlaku di Singapura.

“Perkataan sesuai digunakan adalah ‘kemudahan dengan SOP lebih ketat’ dan bukannya ‘kelonggaran’ kerana kita tidak mahu mengulangi situasi sama tahun lalu apabila terlalu awal memberi kebebasan atau kelonggaran kepada rakyat.

“Kerajaan perlu mengotakan janji pemberian seperti dikatakan tetapi biarlah secara berfasa. Kalau nak buka semuanya, kena tunggu sehinggalah dua tiga bulan lagi,” katanya.

Ujarnya, kemudahan itu tidak bermakna membenarkan rakyat boleh berkumpul seperti sebelum Covid-19 melanda, namun mereka masih mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

“Kita kena ingat terdapat golongan remaja bawah 18 tahun belum terima vaksin, jadi mereka berisiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri pada sidang akhbar di Parlimen semalam berkata, kerajaan meluluskan tiga destinasi baharu untuk gelembung pelancongan iaitu Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman bermula 1 Oktober ini.

Menurut beliau, semua SOP mengenai perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat hari ini.

Berita Penuh : https://suara.tv/22/09/2021/rakyat-bakal-nikmati-kebebasan-semula/

BACA JUGA : 17 daripada 22 tuntutan MA63 berjaya dituntut sewaktu PH dan Warisan jadi kerajaan – Shafie

COMMENTS

Wordpress (0)