8 perkara yang akan buatkan wajah nampak tua daripada usia

8 perkara yang akan buatkan wajah nampak tua daripada usia. Siapa yang tidak senang duduk jika muka penuh dengan garis-garis halus dan wajah nampak tua, padahal usia anda masih lagi awal 30-an.

Nak berdepan dengan orang ramai pun rasa malu dan hilang keyakinan diri, apatah lagi apabila orang yang hampir sebaya dengan anda memanggil anda ‘abang’ atau ‘pakcik’.

Sesuatu yang perlu anda berikan perhatian jika kulit wajah yang sepatutnya tegang, kini nampak kusam, penuh kedutan dan garis-garis halus.

Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.

Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.

1. Cahaya matahari yang berlebihan
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.

2. Perubahan dalam badan
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.

3. Gangguan tekanan
Jauhi 8 Perkara Ini Jika Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia

Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.

4. Posisi tidur yang salah
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.

5. Tidak cukup tidur
Jauhi 8 Perkara Ini Jika Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia

Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.

6. Terdedah pada pecemaran
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.

7. Merokok dan menghidu asap rokok
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.

8. Berat badan berlebihan
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.

BACA JUGA :
Ini sebab mengapa jemaah termenung dengan keputusan kerajaan tangguh umrah
Ini sebab mekanik ‘surrender’ selepas baiki 2 buah kereta tenggelam banjir
Ini sebab mengapa golongan antivaksin selalu reka alasan untuk mengelak dari divaksin

Artikel ini disiarkan pada 14/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)