8 DUN sedia bersidang, junjung titah Raja-Raja Melayu

8 DUN sedia bersidang, junjung titah Raja-Raja Melayu

8 DUN sedia bersidang. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mesti segera menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuka Parlimen secepat mungkin, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, ini berikutan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan sidang DUN.

8 DUN sedia bersidang

Katanya, adalah amat memalukan jika Muhyiddin tidak memastikan Parlimen bersidang kerana sebahagian besar DUN mahu bersidang.

“Tunggu apa lagi, Muhyiddin mesti segera nasihati Tuanku untuk buka Parlimen Malaysia secepat mungkin!

“Setakat ini, sudah ada tiga DUN yang kenal pasti tarikh sidang, Selangor: minggu ke-3 Ogos, Melaka: pertengahan Julai dan Perlis: 24 Ogos,” katanya di Facebook.

Fahmi berkata, ada lima DUN yang telah atau akan mohon perkenan Agong untuk adakan sidang iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Perak.

Katanya, tiga lagi DUN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah pula akan bersidang hanya selepas Parlimen bersidang, atau jika ada arahan pemimpin manakala DUN Sabah akan bersidang sekiranya dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Nampaknya majoriti DUN lebih berani dan bersedia menjunjung titah Raja-Raja Melayu untuk bersidang berbanding Muhyiddin Yassin, yang setakat ini hanya berani mengumumkan satu lagi jawatankuasa untuk ‘teliti’ itu ini. Malu,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/20/majoriti-dun-sedia-bersidang-muhyiddin-hanya-berani-umum-jawatankuasa-malu-kata-pkr/