50 peratus perniagaan di Petaling Street dijangka ‘gulung tikar’

50 peratus perniagaan di Petaling Street dijangka ‘gulung tikar’

50 peratus perniagaan di Petaling Street dijangka ‘gulung tikar’. Petaling Street yang dahulunya sibuk dengan kehidupan kini menjadi sunyi. Tiada lagi kemeriahan di kawasan itu selama lebih setahun berikutan pandemik dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Tinjauan FMT baru-baru ini mendapati lebih daripada 20 lot kedai di Chinatown Kuala Lumpur telah dijual atau disewa dan hanya sebilangan kecil kedai dan restoran yang masih beroperasi.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil KL, Ang Say Tee berkata, beban kos lebihan memaksa 20% kedai di kawasan itu menutup operasi tahun lalu dan mereka terus tidak beroperasi hampir sepanjang tahun lepas.

50 peratus perniagaan

Restoran dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP), namun premis ini memilih untuk menyewakan lot kedainya.
Beliau memberitahu FMT lebih banyak kedai dijangka ditutup tahun ini, dan tidak akan terkejut jika 50% perniagaan Petaling Street akan ditutup sebelum tahun ini berakhir.

“Ia mengerikan, sangat mengerikan. Walaupun mereka buka, mereka tidak akan dapat menjalankan perniagaan. Walaupun restoran boleh dibuka sekarang, mereka masih tidak mendapat banyak pelanggan kerana tidak ada yang keluar.

“Bagaimana untuk bertahan? Gerai tidak berfungsi dengan baik, kedai tidak berfungsi dengan baik. Sebelum ini, Petaling Street mempunyai begitu banyak gerai yang menjual beg, pakaian, kasut dan makanan. Sekarang, mereka tidak dapat menjual apa-apa.

“Kami mempunyai kedai menjual manisan dan kek yang mengalami perniagaan yang teruk. Malah ada kedai yang berusia lebih daripada 100 tahun tidak berniaga dengan baik,” katanya.

Pelancong asing kebiasaannya menyumbang kepada sebahagian besar pembeli di Petaling Street, tetapi itu tidak berlaku susulan penutupan sempadan antarabangsa.

Ang berkata kebanyakan pelancong tempatan datang dari Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, namun jumlah itu berkurang. Pembukaan semula pelancongan domestik pada Disember tahun lalu tidak banyak membantu.

Tambah beliau, tiada yang tahu bila sempadan akan dibuka semula dan beliau tidak yakin dengan masa depan kawasan tumpuan pelancong itu.

Caption: Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil KL, Ang Say Tee, meskipun perniagaan dibenarkan beroperasi, jumlah pelanggan akan masih berkurang, tidak seperti sebelum pandemik melanda. (Gambar Moganraj Villavan)

“Saya tidak tahu bila mereka akan membenarkan pelancong masuk. Mungkin dalam satu, dua atau tiga tahun lagi. Saya betul-betul tidak tahu. Tetapi apa yang kita boleh buat?” katanya.

Kata beliau, keadaan sangat tidak baik sehingga tiada perniagaan baharu yang diharapkan dapat mengambil alih perniagaan yang telah ditutup.

Beliau meramalkan tidak ada pendatang baru sekurang-kurangnya dalam enam bulan hingga satu tahun ke depan.

Ang berkata, pakej bantuan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini sedikit sebanyak membantu, tetapi beliau kesal tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Putrajaya untuk mengembalikan operasi perniagaan.

Beliau tidak berharap PKP akan segera berakhir. Walaupun sekatan ditamatkan, katanya pandemik ini akan menjauhkan pelanggan.

Satu-satunya harapannya ialah pandemik itu akan reda dan akhirnya berakhir.

“Covid-19 mesti berakhir sebelum orang ramai datang ke sini untuk berniaga,” katanya.

“Tidak ada perniagaan walaupun kita buka sekarang. Saya harap virus ini akan reda,” tambah beliau.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/01/notis-untuk-dijual-kini-merata-rata-di-petaling-street/

Jika Anda Terlepas: #PMCirit : Netizen mula berspekulasi