5 Soalan panas buat Dr Dzulkefly….

5 Soalan panas buat Dr Dzulkefly….

1) Ramai yang bertanya, kenapa kes positif di Selangor tinggi. Apakah puncanya?

Jawapan:

– Secara ringkas dan logik, salah satu sebab kes Selangor kes tinggi adalah kerana saringan bersasar yang dijalankan sejak hujung tahun 2020 dan kini dilanjutkan diseluruh negeri bermula 8 Mei lalu. Dijangka angka akan terus tinggi sebab saringan akan dilakukan ke atas semua 56 Dun di negeri Selangor.

– Kedua; kes akan juga kekal tinggi sebab kelewatan melakukan contact tracing dan diisolasi kepada kes-kes kluster, lalu ‘melimpah’ menjadi kes ‘sporadik’ dalam komuniti. Sekarang ini kes komuniti sudah setanding, bahkan ada daerah dan mukim, serta tempat2 kerja dan kilang, yang melebihi kes kluster.

2) Kenapa buat saringan sedangkan kes semakin meningkat di Selangor & membuatkan rakyat Selangor panik?

Jawapan:

Saringan serta contact tracing & isolasi dijalankan sebagai memenuhi langkah proaktif yang PERLU dilaksanakan supaya :-

– Dapat mengenal pasti individu positif pada peringkat awal dan menyekat risiko penularan lebih besar.

– Mengenalpasti lokaliti merah yang berisiko.

– Mendidik masyarakat supaya tahu bahaya Covid-19, terutama akan wujudnya kes positif tetapi yang tidak bergejala (asymptomatik) dan tidak hanya sekadar panik dan gusar bila angka meningkat.

3) Kita dapati hanya Selangor lakukan pendekatan sebegini sedangkan negeri lain tidak. Apakah rasionalnya?

Jawapan:

– Populasi Selangor yang tinggi (6.9 juta penduduk) dan kesesakan pekerja serta perindustrian, bersekali dengan mobilisasi manusia yang pesat, kesemuanya terkait langsung dengan kadar penularan serta perebakan virus ini.

– Sektor ekonomi terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara (25% daripada KDNK), dan penularan di kilang dan industri serta tempat tinggal pekerja, akan membawa impak buruk kepada produktiviti dan ekonomi serta pendapatan kepada pekerja, seandainya ditutup atau dikenakan PKP.

– Keprihatinan Kerajaan Selangor untuk melindungi kesihatan serta kebajikan rakyat khususnya golongan B40 dan bekerja sendiri, dan juga kakitangan awam & swasta.

4) Ramai yang salah anggap tentang inisiatif saringan bersasar ini. Daripada sudut pandang STFC, apakah kebaikkan atau manfaat yang diperolehi rakyat Selangor daripada inisiatif ini?

Jawapan:

– Selangor menampung kos saringan yang diberikan secara percuma.

– Meringankan beban isi rumah seandainya mereka punyai ahli keluarga yang besar.

– Melaksanakan bersekali jaringan keselamatan sosial (support system), dalam memastikan tidak ada mana-mana keluarga yang terpinggir daripada mendapat pembelaan kerajaan negeri khususnya dalam mendapatkan saringan percuma Covid-19.

5) Selangor dilihat lebih agresif dengan pelbagai pendekatan sehingga kini. Secara ringkas boleh Dr kongsikan apakah strategi atau ‘mantra’ STFC di Selangor dalam usaha memenangi penularan Covid-19?

Jawapan:

– STFC syorkan supaya dilaksana FTTIS ‘Mass Testing’ memandangkan pandemik semakin tidak terkawal dengan kaedah yang lebih pantas.

– Menyeru Kerajaan Persekutuan mempertingkatkan jumlah penerima vaksin sepantas mungkin di Selangor, memandang kes harian yang tinggi. Kadar vaksinasi di Selangor wajar dipertingkatkan.

– Gunapakai sepenuhnya aplikasi digital dalam mengesan dan memantau pesakit dalam kuarantin, termasuk di dalam ‘Low Risk COVID Assessment Centre (CAC)’.

– Kurangkan birokrasi kerja sedia ada supaya usaha pencegahan lebih pantas dan tumpuan diberikan kepada pesakit dan bukan kepada ‘paperwork’.

– Libatkan kolaborasi dengan penjagaan kesihatan swasta secara optimum.

– Menggesa KKM menambah segera bilangan tenaga kerja, katil ICU, fasiliti kesihatan yang berkaitan untuk menampung peningkatan bilangan kes dari semasa ke semasa.

DR DZULKEFLY AHMAD
PENGERUSI STFC
24 MEI 2021

Sumber :