5 kali gugurkan kandungan, wanita tak sangka ini yang terjadi selepas nikah

Oleh AHMAD SULAIMAN

Meniti media sosial hari ini, begitu ramai pasangan suami isteri terbuka berkongsi mengenai dugaan mereka untuk mendapatkan anak.

Lain orang, lain rezekinya. Ada yang hamil beberapa bulan selepas berkahwin.

Ada yang menunggu bertahun-tahun sebelum hamil. Ada juga yang keguguran tanpa menyedari sedang hamil.

5 kali gugurkan kandungan, wanita tak sangka ini yang terjadi selepas nikah

Setiap kali mendengar berita pembuangan bayi, pastinya golongan TTC paling merasai kesedihan cukup mendalam. Begitu juga dengan kisah yang tular di aplikasi X ini.

Seorang wanita berusia 27 tahun mengimbau kisah silamnya yang menjalinkan hubungan dengan teman lelaki (kini suami) dengan cara cukup liar.

Bukan sekali dua, bahkan mereka pernah terlanjur melakukan hubungan badan sejak berada di Tingkatan 4 lagi.

Sampailah ke usia 17 tahun, dia yang panik disahkan hamil luar nikah mengambil keputusan untuk menggugurkan janin itu.

Namun apa yang berlaku tidak cukup untuk menimbulkan rasa serik. Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan secara berterusan sehingga hamil berkali-kali.

Paling mengejutkan, dia pernah menggugurkan kandungan sendiri kira-kira 5 kali secara keseluruhan.

Akhirnya kedua-dua selamat berkahwin di awal usia 20-an. Malang sekali, kesuburan mereka di waktu sebelum vs selepas kahwin nyata berbeza kerana wanita ini kerap mengalami keguguran.

Di saat jiwa mereka benar-benar mahukan zuriat, Allah tidak mengabulkan harapan itu.

Namun mereka sedar, mungkin itu adalah kifarah bagi dosa silam yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu.

BACA: “Akibat panas baran ayah kejar kereta sampai kami semua hampir hilang nyawa, lepas pada kejadian tu, mak terus berubah”