5 kali dicekup polis dalam seminggu gara-gara wajah mirip banduan larikan diri

Seorang lelaki di China melalui minggu terburuk dalam hidupnya selepas diberkas polis sebanyak lima kali dalam tempoh tiga hari.

Semuanya kerana wajahnya dikatakan mirip banduan, Zhu Xianjian yang melarikan diri dari penjara di wilayah Jilin.

Zhu menjadi buruan sejak Oktober lalu dengan pihak berkuasa menawarkan ganjaran 150,000 yuan (RM99,599.61) jika orang ramai berkongsi maklumat yang membawa kepada penahanannya.

5 kali dicekup polis dalam seminggu gara-gara wajah mirip banduan larikan diri

LELAKI yang memiliki wajah mirip Zhu (kiri).

Ganjaran itu kemudian dinaikkan kepada 700,000 yuan (RM464,798.18), sekali gus menjadikan Zhu sasaran bernilai di wilayah timur laut China yang purata pendapatan bulanan penduduk sekadar 2,000 yuan (RM1,327.99).

Namun, lelaki malang yang mirip wajah Zhu paling menderita kerana kerap disasarkan pemburu ganjaran sehingga ditangkap polis tidak kurang lima kali dalam tempoh tiga hari.

Global Times melaporkan lelaki yang tidak dinamakan itu berasal dari bandar Baicheng dan wajahnya saling tidak ubah seperti Zhu berdasarkan video menunjukkan gambar seorang lelaki berjaket biru di sebelah gambar Zhu yang berbaju penjara.

Kedua-duanya berkongsi bentuk muka sama, bahkan gaya rambut yang serupa.

Mimpi ngeri lelaki itu berakhir apabila polis berjaya menahan semula Zhu pada 28 November lalu.

Dengan dua tahun lalu berbaki daripada hukuman penjara 11 tahun, Zhu kini berhadapan tambahan hukuman disebabkan tindakannya itu.

BACA JUGA : Bayi 4 bulan meninggal dunia, baru sebulan dijaga pengasuh
Terkini !!! Sah Najib salahguna kuasa dalam kes SRC International, kata mahkamah

Artikel ini disiarkan pada 08/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)