457 hari tanpa kes Covid-19, Brunei lapor 8 kes positif

457 hari tanpa kes Covid-19, Brunei lapor 8 kes positif.

Kementerian Kesihatan Brunei pada Sabtu memaklumkan lapan kes baru jangkitan COVID-19 telah disahkan di negara itu, yang mana tujuh daripadanya adalah merupakan kes jangkitan tempatan dan satu adalah kes import.

Penambahan ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 347 jangkitan.

Lima kes baru didapati mempunyai kaitan dengan salah sebuah pusat pemantauan wabak COVID-19 iaitu pusat yang berfungsi sebagai lokasi pengasingan bagi warga asing, serta mana-mana individu yang masuk dari luar negara.

COVID-19: Brunei lapor 7 kes positif selepas 457 hari tanpa kes tempatan

Dengan pengesanan kes-kes terbaharu ini, ianya sekali gus menamatkan rekod sifar jangkitan tempatan di Brunei Darussalam selama 457 hari sejak kes terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020 yang lalu. 

“Kelima-lima kes itu tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan keluar negara dalam masa beberapa bulan kebelakangan.

“Kluster ini dipercayai berkemungkinan telah terdedah kepada salah seorang kes import yang tiba di Brunei Darussalam,” menurut Kementerian Kesihatan Brunei.

Turut difahamkan, kesemua tujuh kes tempatan yang dilaporkan berusia antara 23 hingga 54 tahun dan rata-rata mereka telah mendapatkan dos kedua vaksin.

Manakala, bagi kes ke lapan iaitu kes import ialah seorang lelaki berumur 34 tahun yang tiba pada 30 Julai 2021 daripada Timur Tengah melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei B1874.

“Kes ini menunjukkan tanda-tanda jangkitan ringan pada 3 Ogos 2021 dan hasil siasatan, kes ini telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19,” tambahnya lagi.

Dengan pengesanan kes-kes terbaharu ini, ianya sekali gus menamatkan rekod sifar jangkitan tempatan di Brunei Darussalam selama 457 hari sejak kes terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020 yang lalu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-brunei-lapor-7-kes-positif-selepas-457-hari-tanpa-kes-tempatan-312892

BACA JUGA : Panas !!! Anwar pernah halang agenda mahu haramkan Umno