400km paip usang di Selangor telah diganti

400km paip usang di Selangor telah diganti

Syukur Alhamdulilah pimpinan Dato’ Seri Amirudin Shari Ini antara usaha berpanjangan Kerajaan Selangor untuk memastikan bekalan air bermutu terus disalurkan kepada rakyat dan terima kasih jugak kepada Masyarakat di Selangor kesabaran untuk pulihkan Air kawasan Tertentu kerana Penukaran paip usang .#Selangorprihatin

Sejak 2016, sudah lebih kurang 400KM paip air yang usang telah ditukar oleh Air Selangor. Ini komitmen mereka untuk pastikan bekalan air
bermutu terjamin kepada rakyat selangor.
Penggantian paip usang itu membabitkan beberapa kawasan berisiko tinggi yang mengalami tekanan air tidak stabil atau rendah.#SelangorMajuBersama

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menggantikan paip usang sepanjang 400 kilometer (km) di negeri ini sejak 2016. DS Amirudin Shari berkata penggantian paip usang itu membabitkan beberapa kawasan berisiko tinggi yang mengalami tekanan air tidak stabil atau rendah.

Bermula tahun 2016, Air Selangor membuat penggantian paip sepanjang 150km, setiap tahun dan sehingga kini, Kerajaan telah membuat penggantian paip sepanjang 400km membabitkan seluruh kawasan di Selangor.

Penggantian paip itu merupakan perancangan 30 tahun Air Selangor dan agensi itu komited untuk meneruskan rancangan tersebut sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

Sumber :

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1871984

https://selangorkini.my/2020/08/mb-400km-paip-usang-sudah-diganti-fokus-lokasi-risiko-tinggi/

https://www.bernama.com/en/news.php?id=1872051

COMMENTS