Kalau sebelum ini disenaraikan 10 faktor kegagalan kerajaan PN, kini ada empat petunjuk awal protes rakyat kepada kerajaan PN dan sokongan kepada pembangkang, (baca PH). Jika petunjuk ini bertambah ini bermakna kerajaan PN akan tumbang dalam Piraum akan datang.
1. Kejayaan portal Malaysiakini yang menagih derma daripada orang ramai (pembacanya) untuk membantunya bayar denda RM500,000 diperolehi dalam waktu tidak sampai lima jam. Dipercayai angka dikutip portal berkenaan melebihi daripada jumlah denda itu.
Pemberian derma membantu Malaysiakini yang didapati menghina Raja tersebut, sebagai simbolik orang ramai menyokong portal berkenaan dan menolak hukuman dikenakan ke atas portal berkenaan. Sokongan terhadap portal berkenaan boleh diertikan sebagai menentang kerajaan walaupun hakikinya mereka mahukan kebebasan bersuara.
2. Penggutan derma untuk membantu rakyat Palestin dianjurkan oleh individu yang ada kaitan dengan PH mendapat sokongan dan sumbangan membanggakan. Misalnya pungutan dianjurkan oleh Anwar Ibrahim mendapat sumbangan lebih RM1 juta dalam tempoh beberapa hari sahaja. Demikian juga sokongan orang ramai kepada Yayasan Darul Hijrah (YDH) yang membuka tabung (dapurgaza) mendapat sambutan. Pengerusi YDH adalah Husam Musa.
3. Berlakunya tunjuk perasaan Kerajaan Gagal oleh anak-anak muda di Parit Raja Batu Pahat, Johor di malam raya tempoh hari, walaupun dikatakan himpunan itu tradisi anak-anak muda di Parit Raja, tetapi dengan adanya kain rentang (banner) mengecam kerajaan PN menjelaskan mereka anti kepada kerajaan PN.
4. Begitu juga kurang patuhnya rakyat kepada SOP Covid-19 sehingga menyebabkan merebaknya pandemik dilihat ada kaitan dengan sikap orang ramai tidak menghormati kerajaan PN hari ini. Mungkin orang ramai mengira mereka tidak perlu menghormati Mahiaddin Md Yassin dan gengnya kerana cara mereka mengambil kerajaan diluar normal demokrasi di Malaysia.
Tidak menghormati arahan, larangan kerajaan seperti mematuhi SOP Covid itu boleh dikira sikap tidak sayang rakyat kepada kerajaan.
Selain empat fenomena itu masih ada beberapa fenomena lain yang menjelaskan sokongan publik kepada kerajaan PN tidak begitu kukuh dan menyeluruh. Trims.
Sumber :