4 hari beri diskaun, 2.3 juta saman trafik selesai dibayar pemandu

4 hari beri diskaun, 2.3 juta saman trafik selesai dibayar pemandu.Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.

Memetik laporan Astro Awani “PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.

“Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.

 diskaun

“Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara,” katanya pada sidang media di program tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelanjutan itu juga akan memastikan orang ramai tidak bersesak di kaunter-kaunter trafik seluruh negara, selain membantu pihak polis meleraikan kesesakan yang berlaku ketika ini.

Ujarnya, sejak 9 Disember sehingga tengah hari tadi, orang ramai telah menyelesaikan hampir 2.3 juta saman trafik di seluruh negara dengan kutipan sekitar RM109 juta.

“Ini menunjukkan orang ramai berhasrat untuk menyelesaikan kes-kes mereka sekiranya mereka diberi peluang.

“Mungkin, sejak dua tahun lalu ramai yang mengalami tekanan akibat pandemik COVID-19.

“Justeru pemberian diskaun ini, mengurangkan kesan impak ekonomi kepada masyarakat,” jelasnya.

Acyl Sani bagaimanapun menegaskan diskaun itu tidak bermakna pengguna jalan raya boleh dengan sewenang-wenangnya mengambil ringan terhadap keperluan mematuhi peraturan lalu lintas.

BACA: Presiden Parti Bumi Kenyalang dakwa ditahan pegawai SPRM

Artikel ini disiarkan pada 12/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)