Kalau pergi Cameron Highlands mesti anda akan teruja untuk beli ole-oleh untuk dibawa balik termasuk jagung mutiara atau ‘ori’ dari tanah tinggi peranginan di sana.
Namun, awas jangan terbeli jagung ‘tiruan’ yang kurang manis dan tidak ditanam di Cameron.
Seorang peniaga di Kea Farm ada berkongsikan 4 cara untuk pasatikan hanya beli jagung ‘ori’ Cameron dengan membandingkan dari segi:
1. Isi
Jagung manis Cameron Highlands terdiri daripada hanya dua warna iaitu kuning dan putih yang ketara.
Kalau tiruan, lebih daripada dua warna termasuk kuning yang pudar dan putih yang pucat.
2. Kulit
Jagung mutiara Cameron mempunyai kulit yang warnanya hijau terang dan daunnya lebar.
3. Sentuhan
Jagung mutiara yang ‘ori’ lembut dan licin kulitnya. Kalau tiruan, tekstur kulitnya lebih kasar dan kesat.
4. Rasa
Jagung mutiara rasanya jauh lagi sedap, rasanya lemak manis.