33 pasar malam kembali beroperasi di Klang bermula minggu hadapan

33 pasar malam kembali beroperasi di Klang bermula minggu hadapan

Sebanyak 33 pasar malam di sekitar daerah ini akan beroperasi dan dibuka secara berperingkat mulai Isnin depan.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi kenyataan memaklumkan semua pasar itu dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh Program Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua.

“Peniaga dan pelanggan yang ingin memanfaatkan kemudahan itu wajib lengkap vaksinasi daripada tarikh suntikan kedua yang ditetapkan.

33 pasar malam kembali beroperasi di Klang bermula minggu hadapan

BERMULA Isnin depan pasar malam dibenarkan beroperasi dalam tempoh PPN Fasa Dua.

“Waktu operasi bagi semua pasar malam itu adalah antara pukul 5 petang hingga 10 malam,” katanya kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, MPK meminta semua peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Pematuhan itu perlu bagi mengawal dan mencegah penularan pandemik Covid-19 di lokasi tumpuan awam berkenaan.

Pasar malam yang akan dibuka pada Isnin depan melibatkan lokasi di Bandar Sultan Suleiman dan Taman Kandis Permai.

Ia disusuli pembukaan 22 pasar malam pada Selasa hingga Jumaat depan antaranya di sekitar Kapar dan Meru.

Manakala, sembilan lagi pasar malam termasuk di kawasan Pulau Indah akan dibuka pada 25 dan 26 September depan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/33-pasar-malam-di-klang-dibuka-minggu-depan/

BACA JUGA : Terkini !!! Terengganu beralih fasa 3 PPN bermula 17 September