33 maut bas bertembung dalam perjalanan balik raya

33 maut bas bertembung dalam perjalanan balik raya

SEKURANG-KURANGNYA 33 orang terkorban dan lebih 40 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa penumpang pulang ke kampung sempena Aidiladha merempuh treler di wilayah Punjab, timur Pakistan.

Menurut laporan Times Of India, bas yang dipandu laju itu bertembung dengan treler membawa kontena dekat Taunsa di daerah Dera Ghazi Khan, Punjab.

Bas itu dalam perjalanan menuju bandar Sialkot dari daerah Rajanpur.

33

Bas yang dipandu laju itu bertembung dengan trak treler dekat Taunsa di daerah Dera Ghazi Khan, Punjab.

Semua yang cedera dan terkorban termasuk pemandu bas itu yang maut di tempat kejadian, dihantar ke hospital berhampiran.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/33-terkorban-bas-bertembung-dalam-perjalanan-balik-kampung-sempena-aidiladha-di-pakistan-309253

BACA JUGA : Lelaki ditahan polis disyaki merogol dalam stadium