30 tahun rakyat tunggu nak dapatkan tanah mereka, PH selesaikan dalam tempoh 22 bulan sahaja – Adly

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari, yang juga bekas ketua menteri Melaka berkata, sewaktu PH menerajui kerajaan negeri pada 2018 hingga 2020, kerajaan PH telah mengusahakan pemberian tanah kepada rakyat di negeri ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Adly dalam satu temubual berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar yang mesra penduduk luar bandar walaupun sokongannya banyak bergantung kepada pengundi bandar dan separa bandar.

“Saya ambil satu contoh, dasar tanah kita di mana kerajaan PH telah mengusahakan pemberian tanah kepada rakyat di negeri ini.

30 tahun rakyat tunggu nak dapatkan tanah mereka, PH selesaikan dalam tempoh 22 bulan sahaja - Adly

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.

“Saya percaya ini akan menjadi satu cabaran kepada BN. Sebahagian daripada penerima adalah rakyat Melaka di kawasan Tanjung Bidara, yang telah menunggu hampir 30 tahun untuk mendapatkan tanah mereka.

“Namun, kita berjaya melakukannya dalam masa 22 bulan sahaja.”

Mengulas lamjut, Adly berkata dasar perumahan PH juga telah memberi manfaat kepada pelbagai golongan termasuk golongan miskin, berpendapatan sederhana dan belia.

Ia termasuk program Rumah Berkat, di mana belia boleh menyewa rumah serendah RM150 sebulan, dan Rumah Harapan, yang mampu dimiliki oleh golongan M40, katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu juga berkata PH telah menghapuskan banyak birokrasi dalam prosedur untuk rakyat mendapatkan bantuan kebajikan, termasuk menghentikan amalan pemohon perlu mendapatkan surat sokongan sebelum mereka boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan.

“Sekarang, rakyat telah melihat bagaimana kita mentadbir negeri, dan membandingkannya dengan parti lain,” katanya.

BACA JUGA : Fitnah bomoh itu jadi punca kematian anak saya, kata bapa Zulfarhan
Panas !!! Dakwaan guna sijil tipu, calon Pas enggan layan

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : 30 tahun rakyat tunggu nak dapatkan tanah mereka, PH selesaikan dalam tempoh 22 bulan sahaja – Adl… […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : 30 tahun rakyat tunggu nak dapatkan tanah mereka, PH selesaikan dalam tempoh 22 bulan sahaja – Adl… […]