30 laporan polis diterima terhadap individu enggan divaksin

sindiket

Sebanyak 30 laporan diterima di daerah Hilir Perak daripada individu yang enggan menerima suntikan vaksinasi Covid-19 sejak Januari hingga November lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan yang dibuat itu membabitkan individu pelbagai latar belakang termasuk dalam kalangan penjawat awam.

30 laporan polis diterima terhadap individu enggan divaksin

AHMAD Adnan Basri (kanan) bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus (tengah) berbual dengan Rohani Ahmad di Batu 7, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, semalam.

“Alasan mereka menolak vaksin adalah bimbang keselamatan diri terutama implikasi daripada suntikan berkenaan.

“Kita hanya menerima laporan dan akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya selepas menyertai warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak membersihkan rumah warga emas kudung kaki, Rohani Ahmad, 67, yang terjejas banjir di Batu 7, Jalan Changkat Jong di sini semalam.

BACA JUGA : [Video] Detik cemas pekerja disambar petir sempat dirakam cctv
Aliff Syukri mohon maaf kepada semua, kini positif Covid-19 tahap 3

Artikel ini disiarkan pada 30/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)