30 kali trip sehari, rider e-hailing kantoi jadi keldai bawa stok dadah ditahan Polis

30 kali trip sehari, rider e-hailing kantoi jadi keldai bawa stok dadah ditahan Polis.

Polis Tambora Jakarta Barat menahan seorang lelaki yang disyaki cuba mengedar dadah jenis syabu menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Ketua Polis Tambora, Faruk Rozi berkata, penahanan itu dibuat berdasarkan maklumat dari orang ramai

30 kali trip sehari, rider e-hailing kantoi jadi keldai bawa stok dadah ditahan Polis

koantai mengenai kegiatan pengedaran dadah menggunakan teksi motosikal (ojek) secara dalam talian.

Katanya, hasil risikan dan pengumpulan maklumat, polis berjaya menahan suspek di Grogol, Jakarta Barat malam tadi.

“Selepas menahan suspek, polis menyerbu rumahnya dan menemukan sebungkus plastik yang dipercayai mengandungi syabu yang disimpan dalam kasut suspek.

“Polis juga menyoal siasat penunggang ojek berkenaan namun dia memaklumkan tidak mengetahui dia sebenarnya membawa bungkusan berisi dadah,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Jelas Faruk, penunggang ojek itu kemudiannya memberitahu dia diarahkan untuk menghantar bungkusan tersebut kepada seorang lelaki di daerah Cempaka Putih, Jakarta Pusat.

Justeru itu, pasukan polis bergerak ke lokasi yang dinyatakan dan berjaya menahan suspek.

Sementara itu, suspek juga mengakui bahawa dia pernah mengedar dadah menggunakan ojek sebanyak 30 kali sebelum ini.

BACA:

Serba salah jadi punca pergaduhan abang dan isterinya, lelaki ini nekad berenang 1,455km nak balik kampung

‘Selalu gaduh dalam kereta, suami ugut sebar video dan gambar lucah isteri’, Wanita ini dedah kisah sepupu kahwin dengan Ustaz ‘syaitan’