3 RUU dijangka bakal dibentang di Dewan Rakyat hari ini

RUU

3 RUU dijangka bakal dibentang di Dewan Rakyat hari ini.Berbaki dua hari lagi untuk penutupan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, tiga rang undang-undang (RUU) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini termasuk Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, dua lagi adalah Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021.

Bagi waktu pertanyaan jawab lisan pula, Salim Sharif (BN-Jempol) meminta Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada peminjam menerusi moratorium dan kesediaan kerajaan untuk menghapuskan faedah tersebut.

RUU

Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sejauh manakah perancangan kementerian dalam meneruskan usaha melaksanakan satu aliran sekolah sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan supaya tiada lagi masyarakat yang tidak fasih berbahasa Malaysia.

Selain itu, soalan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pula adalah mengenai skrip drama yang menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut.

Turut ditanya adalah mengenai pengeluaran dan pengedaran benih padi sah kepada peladang yang diajukan oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung selama 17 hari hingga 12 Okt ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/11/3-ruu-dijangka-dibentang-dewan-rakyat-hari-ini/

BACA: Rentas negeri : Jalanraya keluar ibu kota masih lengang

COMMENTS

Wordpress (0)