3 polis dicekup, disyaki rompak RM400,000 dari syarikat penghantaran

3 polis dicekup, disyaki rompak RM400,000 dari syarikat penghantaran

3 polis dicekup, disyaki rompak RM400,000 dari syarikat penghantaran

Tiga anggota polis dari Alor Setar ditahan selepas mereka didakwa merompak wang tunai lebih RM400,000 dari sebuah syarikat penghantaran barang.

Menurut sumber polis, ketiga-tiga anggota itu iaitu seorang sarjan dan dua koperal memasuki pejabat syarikat kurier berhampiran Mergong pada 2.30 pagi Rabu.

Seorang penghantar memberitahu polis bahawa dia melihat tiga lelaki menyeret beberapa karung barangan ke dalam Perodua Axia berwarna putih.

Ketika pergi untuk memeriksa pejabat, dia mendapati fius dikeluarkan daripada punca elektrik dan peti keselamatan dengan RM400,000 di dalamnya hilang.

Susulan siasatan dijalankan, polis menahan ketiga-tiga anggota terbabit kira-kira 1 pagi hari ini, tetapi hanya menemui wang tunai RM232,395.

Polis turut menemui pemotong elektrik dan beg tangan selain turut merampas tiga telefon bimbit.

FMT sedang mendapatkan komen polis Kedah berhubung kejadian itu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/25/disyaki-rompak-rm400000-dari-syarikat-penghantaran-3-polis-ditahan/