3 pesakit Covid-19 buang gelang pink?, Ini penjelasan Polis Tumpat

pesakit

3 pesakit Covid-19 buang gelang pink.Polis menafikan tiga utas gelang berwarna merah jambu yang dijumpai oleh orang awam berhampiran Masjid Bunohan, Chabang Empat di sini hari ini telah dipotong dan sengaja dibuang oleh pemiliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, siasatan mendapati, ketiga-tiga gelang pink itu milik seorang lelaki dan dua orang anaknya yang sedang menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat isteri yang positif Covid-19.

Menurutnya, sehubungan dengan itu, ketiga-tiga beranak telah dikuarantin di rumah dan menjalani ujian saringan sebelum mereka turut disahkan positif Covid-19 oleh Klinik Kesihatan Bunohan di sini semalam.

pesakit

“Mereka telah hadir ke klinik kesihatan berkenaan untuk memakai gelang baharu bermula tarikh 15 hingga 25 Ogos ini selain perlu menjalani kuarantin di rumah sepanjang tempoh tersebut.

“Siasatan turut mendapati, lelaki itu telah mengambil semula gelang lama yang dipotong tanpa pengetahuan Klinik Kesihatan Bunohan dengan beranggapan bahawa dia perlu menyimpannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Razi, bagaimanapun, gelang yang disimpan di dalam poket seluar lelaki itu tercicir tanpa disedarinya ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan pihak Klinik Kesihatan Bunohan telah mengesahkan perkara itu melalui semakan yang dilakukan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/17/polis-nafi-tiga-pesakit-covid-19-buang-gelang-pink-di-bunohan/

BACA: New Zealand kesan 1 kes baharu Covid-19, terus umum ‘lockdown’