3 orang penerima vaksin Covid-19 di Singapura alami alahan

Kes

“Anafilaksis adalah kesan sampingan diketahui namun jarang berlaku terhadap vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech,” kata Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH), Prof Madya Kenneth Mak dalam kenyataan semalam.

Seperti vaksin lain, Mak berkata, akan terdapat sebilangan kecil individu yang mudah mengalami reaksi alergi yang teruk semasa vaksinasi.

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga seperti saringan pravaksinasi dan pemerhatian pasca-vaksinasi bagi memastikan program vaksinasi kami dapat dilaksanakan dengan selamat.

“Kesemua tiga kes anafilaksis menerima rawatan segera dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut kenyataan itu, individu terbabit berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, mengalami pelbagai gejala seperti ruam, sesak nafas, bibir bengkak, sakit tekak dan pening.

“Ketiga-tiga individu terbabit mempunyai sejarah alergi termasuk rinitis alergi dan alergi makanan seperti kerangan namun tidak mempunyai sejarah anafilaksis yang akan mengecualikan mereka daripada menerima vaksin itu,” katanya.

Sementara itu, kebanyakan yang lain melaporkan gejala biasa seperti bengkak serta kesakitan di tempat suntikan, demam, sakit kepala, keletihan, sakit badan, pening, rasa mual dan reaksi alergi iaitu gatal, ruam bengkak mata atau bibir.

Meskipun menjangkakan terdapat keperluan seperti ini, MOH berkata, pihaknya akan memperkenalkan satu program bantuan kewangan kecederaan vaksin bagi vaksinasi COVID-19 (VIFAP). –BH

COMMENTS

Wordpress (0)