3 kes baru varian India dikesan, dua di pintu masuk Antarabangsa dan satu saringan bergejala

3 kes baru varian India dikesan, dua di pintu masuk Antarabangsa dan satu saringan bergejala

Malaysia sehingga kini mencatatkan 66 kes Covid-19 yang dijangkiti oleh varian South African B.1.351 dan lima kes dijangkiti varian dari India B.1.617.2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat kes tempatan yang dijangkiti varian Afrika Selatan telah dikesan di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak lapan kluster dikesan mempunyai kes jangkitan varian Afrika Selatan dengan Kluster Jalan Canning Estate dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung mencatatkan bilangan tertinggi masing-masing 10 kes.

Ini diikuti Kluster Kebun Baru (9 kes), Kampung Domis (7), Jalan Lima (4), Teknologi Emas (3) manakala Bangkahulu dan Bayan Cenderawasih masing-masing mempunyai satu kes.

Bagi saringan kontak rapat terdapat 19 kes termasuk tiga kes baharu dijangkiti oleh varian South African B.1.351.

Muncul juga masing-masing satu kes dijangkiti varian tersebut iaitu jangkitan Covid-19 selepas divaksinasi dan saringan bergejala.

Sementara itu, tiga kes baharu Covid-19 melibatkan bukan warganegara yang dijangkiti varian dari India dengan dua daripadanya dikesan melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) manakala satu lagi hasil saringan bergejala.

“Kesemua kes mempunyai sejarah perjalanan ke India,” katanya lagi.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/malaysia-catat-66-kes-varian-afrika-selatan-5-kes-varian-dari-india/