[Video] 3 jam terperangkap jem akibat SJR Sg Besi, bahana arahan PKP tapi tetap kena kerja macam biasa

[Video] 3 jam terperangkap jem akibat SJR Sg Besi, bahana arahan PKP tapi tetap kena kerja macam biasa

Rata-rata pengguna jalan raya meluahkan kekecewaan akibat ‘terperangkap’ hampir 3 jam dalam kesesakan trafik di Tol Sungai Besi menuju ke ibu kota ketika tinjauan hari ini.

Kesesakan itu menyebabkan ada diantara kenderaan pengguna telah kehabisan petrol serta kepanasan enjin.

Ini berikutan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun depan.

Bagi warga kota di Lembah Klang yang ingin pulang ke Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Sungai Besi, mungkin perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Sebentar tadi, seorang netizen Mohd Hafeez Zulkifli memuat naik rakaman foto dan video pendek tentang keadaan semasa dipercayai di plaza tol berkenaan

Berdasarkan perkongsian tersebut, didapati laluan di plaza tol itu kelihatan amat sesak dengan kenderaan yang beratur panjang dari arah selatan ke plaza tol.

Kesesakan tersebut dipercayai agak lama kerana Hafeez menyatakan, ada sesetengah pemandu yang sanggup keluar dari kenderaan masing-masing dan berehat di tepi jalan.

Sumber :