3 Bulan Cuti Tanpa Gaji Bagi 13 000 Kakitangan MAS

3 Bulan Cuti Tanpa Gaji Bagi 13 000 Kakitangan MAS

Malaysia Airlines Berhad meminta 13,000 kakitangannya mengambil cuti tidak bergaji susulan penularan wabak koronavirus yang telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan itu.

Syarikat itu telah membuat tawaran itu kepada semua kakitangannya untuk mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tidak bergaji setiap bulan, sekurang-kurangnya selama tiga bulan mulai April ini, menurut laporan theedgemarkets.com.

Pada hari Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Kapten Izham Ismail mengumumkan pemotongan gaji 10% dan elaun bagi pengurusan kanannya sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kos operasi.

“Kesan (Covid-19) kepada pasaran sangat besar, orang ramai sudah tidak lagi melancong, operasi perniagaan tidak lagi beroperasi seperti dahulu dan landskap penerbangan telah berubah dengan ketara. MAG tidak terlepas daripada semua ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2020/03/12/13000-kakitangan-malaysia-airlines-ditawar-cuti-tanpa-gaji/