3 beradik di Muar komplot tipu bapa sendiri, minta duit tebusan konon dikurung

Tiga beradik sanggup memperdaya bapa mereka dengan mendakwa diculik yang bertujuan untuk mendapatkan sejumlah wang tebusan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, tiga suspek wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu telah membuat panggilan telefon kepada bapa mereka mengatakan kononnya mereka dikurung.

3 beradik di Muar komplot tipu bapa sendiri, minta duit tebusan konon dikurung

Bagaimanapun menurut beliau, mangsa berusia 66 tahun itu kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anak-anaknya.

“Menurut mangsa, melalui panggilan telefon anaknya telah memaklumkan bahawa bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan.

“Bagaimanapun, pada pukul 8.30 malam semalam, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah menahan tiga suspek di dua lokasi berasingan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Zaharudin, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek telah berkonspirasi membuat cerita palsu bahawa mereka dikurung bagi mendapatkan wang dari bapa.

“Kesemua wanita berkenaan kini direman bermula hari ini hingga Khamis di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang kejadian jenayah palsu,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/padah-buat-panggilan-palsu-minta-wang-tebusan-daripada-bapa/

BACA JUGA : 1MDB : Najib tetap kata dirinya tak salah, mungkin dikelirukan penasihat

COMMENTS

Wordpress (0)