3 anggota tentera ditahan langgar perintah kuarantin, Menteri masih bebas ke sana sini

3 anggota tentera ditahan langgar perintah kuarantin, Menteri masih bebas ke sana sini

Dua hari lepas dilaporkan tiga anggota tentera ditahan kerana didapati melanggar perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19.

Saya memahami keperluan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan KKM untuk mengelakkan penularan Covid-19, dan melanggar perintah SOP ini merupakan satu kesalahan, hatta dilakukan oleh anggota frontliner.

Cuma, pada masa yang sama tindakan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang telah melanggar SOP selepas pulang dari luar negara perlu diambil serius dan dihukum jika terbukti bersalah.

Kita tidak mahu negara ini dilihat seolah-olah memiliki undang-undang bersifat dua darjat. Jika rakyat biasa melanggar SOP mereka ditahan dan didenda, sebaliknya jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang menteri, ia dibiarkan begitu sahaja.

Jangkitan Covid-19 tidak mengenal pangkat dan darjat.

Rakyat biasa yang menoreh getah, anak muda yang menghantar makanan dan orang ramai yang membuka gerai untuk mencari sesuap nasi tetapi akur denga SOP kuarantin akan melihat perlakuan golongan kayangan ini dengan rasa marah.

Mereka ada keperluan lebih mendesak untuk mencari rezeki tetapi boleh patuh, kenapa mereka dilayan berbeza?

Dr Khairuddin harus ingat, tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang pada awalnya disahkan negatif Covid-19 telah mewujudkan kluster Sivagangga.

Lelaki tersebut dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan.

Dr David Clark, Menteri New Zealand mula-mula diturunkan pangkat dan kemudian meletak jawatan apabila melanggar perintah berkurung bagi mengekang Covid-19 di negara tersebut.

Kita sebagai wakil rakyat, lebih-lebih lagi menteri, sepatutnya memberikan contoh dan teladan kepada rakyat, dan jika didapati bersalah mesti diberikan denda yang setimpal. Lebih molek lagi, jika menteri sendiri meletak jawatan secara sukarela.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/611692/langgar-perintah-kuarantin-tiga-anggota-tentera-ditahan

Sumber :

COMMENTS